Analisis Tahap Kepuasan Pelajar Universiti Awam (UA) Terhadap Strategi Komunikasi Krisis Dalam Kenyataan Media Oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
DOI:
https://doi.org/10.61688/jev.v2i1.23Abstract
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang bergelut dengan masalah komunikasi krisis akibat persepsi negatif yang diterima daripada pelajar Universiti Awam (UA) terhadap kenyataan media yang dikeluarkan. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap kepuasan pelajar UA terhadap kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPT. Kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif tersebut; menganalisis tahap kepuasan pelajar UA terhadap strategi tindak balas krisis yang digunakan dalam kenyataan media oleh KPT bermula Mac hingga Oktober 2020. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan teknik persampelan rawak jenis persampelan berkelompok. Dalam pembinaan item soalan, analisis isi kandungan kenyataan media telah dilakukan terlebih dahulu. Setelah selesai pengekodan strategi tindak balas krisis pada kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPT, pengkaji akan membina instrumen kajian sendiri. Seterusnya, borang soal selidik
diedarkan secara dalam talian. Hasil kajian analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelajar UA adalah tinggi. Hal ini kerana tahap kepuasan pelajar UA yang tinggi menunjukkan usaha KPT menggunakan strategi komunikasi krisis berjaya menangani ancaman persepsi negatif. Kesimpulannya, perkhidmatan yang diberikan oleh KPT terhadap pelajar UA melalui strategi tindak balas krisis pada kenyataan media KPT diterima baik oleh pelajar UA. Hasil dapatan kajian ini sangat berguna kepada pengkaji pada masa hadapan dalam bidang komunikasi krisis. Hasil kajian ini juga dapat menjadi rujukan KPT dalam memahami lebih mendalam berkaitan tahap kepuasan pelajar terhadap strategi tindak balas krisis yang digunakan dalam kenyataan media mereka.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Jurnal Evolusi : Keusahawanan & Sains Social
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
<a rel="license" href="http://creativecommons.org/licenses/by/4.0/"><img alt="Creative Commons License" style="border-width:0" src="https://i.creativecommons.org/l/by/4.0/88x31.png" /></a><br />This work is licensed under a <a rel="license" href="http://creativecommons.org/licenses/by/4.0/">Creative Commons Attribution 4.0 International License</a>.