Kajian Tinjauan Skop: Pengetahuan, Sikap dan Praktis Penyusuan Ibu dalam Kalangan Wanita Bekerja.

Authors

  • Zaharah Sulaiman Universiti Sains Malaysia, Kelantan
  • Rita Surianee Ahmad Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu
  • Nik Hazlina Nik Hussain Universiti Sains Malaysia, Kelantan
  • Norhayati Mohd Noor Universiti Sains Malaysia, Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.61688/jev.v4i2.138

Keywords:

sikap, penyusuan susu ibu, pengetahuan, praktis, wanita bekerja

Abstract

Latar Belakang: Banyak kajian menunjukkan manfaat penyusuan susu ibu untuk bayi dan ibu, tetapi praktis penyusuan secara eksklusif masih rendah terutama dalam kalangan ibu bekerja. Pelbagai cabaran penyusuan dikenalpasti apabila ibu kembali semula untuk bekerja. Objektif: Kajian tinjauan literatur ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep dan tema mengenai pengetahuan, sikap dan amalan penyusuan susu ibu dalam kalangan ibu bekerja. Kaedah: Kajian tinjauan skop dilakukan untuk mengenal pasti, mengambil dan merumuskan literatur yang berkaitan dengan topik dari Scopus, CINAHL, MEDLINE, ProQuest, Google Scholar, Pubmed, dan web of science. Kriteria pemilihan literatur terhad kepada penerbitan dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan pada tahun 2015 hingga Januari 2022. Pendekatan carian secara berperingkat menggunakan kerangka kajian tinjauan skop oleh Arksey dan O'Malley yang terdiri dari lima peringkat iaitu: (1) mengenal pasti soalan atau objektif kajian (2) mengenal pasti kajian yang relevan, (3) pemilihan kajian, (4) klasifikasi data, dan (5) menyusun, mengumpul dan meringkaskan hasil dapatan Dapatan: Tujuh belas kajian memenuhi kriteria pemilihan. Praktis penyusuan disifatkan sebagai sesuatu yang mencabar kerana situasi persekitaran kerja. Ibu perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai peranan, keseimbangan antara peranan sebagai ibu dan kerjaya dengan tugas yang sukar. Terdapat beberapa halangan dikenalpasti setelah kembali bekerja. Kesimpulan: Banyak kajian menunjukkan dapatan yang memuaskan mengenai pengetahuan dan sikap. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran dalam praktis penyusuan susu ibu setelah kembali bekerja perlu diberi perhatian. Kajian kualitatif dicadangkan untuk mengenalpasti cabaran penyusuan susu ibu dalam kalangan ibu yang bekerja.

Published

2023-11-30

How to Cite

Sulaiman, Z., Ahmad, R. S., Nik Hussain, N. H., & Mohd Noor, N. (2023). Kajian Tinjauan Skop: Pengetahuan, Sikap dan Praktis Penyusuan Ibu dalam Kalangan Wanita Bekerja. Jurnal Evolusi, 4(2). https://doi.org/10.61688/jev.v4i2.138