Analisis kaedah perawatan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) bidang perawatan ruqyah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia

Muhammad Omar (1)
(1) Kolej Universiti Poly-Tech MARA, Malaysia

Abstract

Bidang Perawatan Ruqyah adalah salah satu cabang daripada cabang-cabang Amalan Pengubatan Islam. Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplemantari (BPTK) Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan badan kerajaan yang mengawasi dan memantau aktiviti operasi badan pengamal amalan yang diiktiraf seperti amalan pengubatan Islam. Penguatkuasaan peraturan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) 2021 yang diwartakan pada 23 Februari 2021 melibatkan semua seksyen dan subseksyen Akta 775 yang kini memasuki fasa ke-dua sehingga 29 Februari 2024. Matlamat utama kerajaan ialah bagi memastikan semua pengamal PT&K mematuhi undang-undang, meningkatkan professional dan menyediakan perkhidmatan berkualiti serta merekayasakan maklumat terkini berkaitan PT&K yang terjamin dan selamat kepada pesakit. Amalan Pengubatan Islam melalui Perawatan Ruqyah mendapat nilaitambah(add-value) bilamana buat pertama kalinya telah diluluskan sebagai Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan(SKPK)/National Occupational Skills Standard (NOSS) menerusi Mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan Bil.4/2017 pada tarikh 27 November 2017 sebagai dokumen rasmi kerajaan. Pendaftaran NOSS Bidang Perawatan Ruqyah bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) meliputi tiga (3) tahap iaitu Tahap 5: Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), Tahap 4: Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) danTahap3: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Objektif kajian ialah mengemukakan model kaedah method dan memperkenalkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) bidang Perawatan Ruqyah kepada masyarakat umum sebagai method pelengkap komplementari kepada jenis rawatan alopati moden. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kepustakaan melalui penelitian dokumen penting perawatan ruqyah NOSS JPK, rujukan pengamal perawatan ruqyah Darussyifa’. 

Full text article

Generated from XML file

Authors

Muhammad Omar
muhammadomar@kuptm.edu.my (Primary Contact)
Omar, M. (2022). Analisis kaedah perawatan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) bidang perawatan ruqyah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Jurnal Evolusi , 3(1), 16–85. https://doi.org/10.61688/jev.v3i1.34

Article Details

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.

Perceptions, difficulties, and methods of learning English literature among UPTM English major undergraduates

Sharmaine Batrisyia Lai Muhammed Zuhair Syafiq Lai, Anis Abdul Rahim
Abstract View : 844
Download :18

Social Influences and Behavioral Intention in Mobile Banking Technologies

Nur Atirah Narmi, Zaliza Azan, Mohamad Adib Aiman Mohd Zamri
Abstract View : 711
Download :11

Evaluating the digital literacy of e-government service usage in urban Malaysian communities

Nur Anis Nabilah Alias, Ahmad Adham Abu Hassan, Zaliza Azam
Abstract View : 837
Download :14

Evaluating The Accessibility of E-Government Services Usage In Urban Malaysian Communities

Aini Hidayah Aminuddin, Ahmad Adham Abu Hassan, Norhaninah A.Gani
Abstract View : 673
Download :1

Evaluating Perceived Quality Of E-Government Services In Urban Malaysian Communities

Nur Atiqah Ilyanan Awang @Ahmad, Ahmad Adham Abu Hassan, Zaliza Azan
Abstract View : 702
Download :2