Impak dan cabaran pembelajaran keselamatan rangkaian tanpa wayar melalui kolaborasi bersama industri

Authors

  • Abdul Halim Ahmad Politeknik Kuala Terengganu

DOI:

https://doi.org/10.61688/jev.v4i2.120

Keywords:

Impak cabaran pembelajaran, rangkaian tanpa wayar

Abstract

Perkhidmatan komunikasi tanpa wayar telah berkembang pesat dengan matlamat untuk
memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Isu keselamatan rangkaian tanpa wayar telah
menjadi topik perbualan hangat dengan adanya ancaman dan serangan yang muncul saban
hari. Keperluan terhadap tenaga mahir dalam bidang keselamatan rangkaian tanpa wayar
perlu di tingkatkan bagi menampung permintaan organisasi. Kajian yang dijalankan berbentuk deskriptif untuk mengenalpasti impak dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar setelah mengharungi pembelajaran keselamatan tanpa wayar melalui kolaborasi bersama industri. Sampel bagi kajian ini terdiri dari 43 orang pelajar
semester dua, program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) yang telah melalui
program pembelajaran keselamatan rangkaian tanpa wayar bersama pihak industri. Instrumen
bagi kajian ini terdiri dari borang soal selidik yang digunakan untuk mengenalpasti impak dan
cabaran pembelajaran keselamatan rangkaian tanpa wayar melalui kolaborasi bersama
industri. Dapatan kajian menunjukkan terdapat enam impak yang dicapai apabila
melaksanakan aktiviti pembelajaran keselamatan rangkaian tanpa wayar bersama pihak
industri. 

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2023-11-30

How to Cite

Ahmad, A. H. (2023). Impak dan cabaran pembelajaran keselamatan rangkaian tanpa wayar melalui kolaborasi bersama industri. Jurnal Evolusi , 4(2). https://doi.org/10.61688/jev.v4i2.120