PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DAN KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PELAJAR UPSI

Authors

  • Rizky Hafiz Chaniago Chaniago Kolej Universiti Poly-Tech MARA
  • Sarina Yusuf Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Roslan Ali Universiti Pendidikan Sultan Idris

DOI:

https://doi.org/10.61688/ajpbs.v1i2.51

Keywords:

kemurungan, tekanan, stress, pelajar, media sosial

Abstract

Media sosial memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian masyarakat masa kini. Media sosial menjadi salah satu media yang mempunyai pelbagai fungsi dan sangat digemari oleh setiap masyarakat berbanding dengan media lain. Kemurungan pula merupakan gangguan mental dimana perasaan seseorang individu tersebut terganggu dan menyebabkan
timbulnya perasaan sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah dan juga hilang minat dalam aktivit harian. Kemurungan juga kerap terjadi dalam kalangan pelajar sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun universiti. Kemurungan dapat dikesan melalui tingkah laku pelajar seperti keresahan, tekanan dan stress. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara penggunaan media sosial dan kemurungan dalam kalangan pelajar UPSI. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang kaji selidik yang mempunyai 3 bahagian iaitu bahagian A, B dan juga C. Borang ini diedarkan kepada 100 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel kajian berdasarkan pemilihan persampelan mudah secara rawak. Analisis data menggunakan prisian SPSS versi 25. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi pencerahan bagaimana masalah kemurungan dan penggunaan media sosial berkait rapat
antara satu sama lain dan juga dapat di atasi melalui kearah mendekatkan diri dengan agama.

Downloads

Published

2020-12-15

How to Cite

Chaniago, R. H. C., Yusuf, S., Ahmad Tajuddin, S. N. A., & Ali, R. . (2020). PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DAN KEMURUNGAN DALAM KALANGAN PELAJAR UPSI. The Asian Journal of Professional & Business Studies, 1(2). https://doi.org/10.61688/ajpbs.v1i2.51